KELEBIHAN MANDI WAP SAUNA BERBANDING AKTIVITI LAIN
Berikut adalah perbandingan di antara kesan daripada mandian wap ( bersauna ) dan dengan kegiatan bersukan yang lain :
1. Bersauna selama 15 minit mampu membakar 400-600 kalori.
2. Aerobics selama 30 minit membakar 400 kalori
3. Berbasikal selama 30 minit membakar 250 – 500 kalori.
4. Jogging selama 30 minit membakar 300 kalori
5. Berenang selama 30 minit membakar 400 kalori
KHASIAT DAN KELEBIHAN MANDI WAP ( SAUNA )
** Pembersihan terperinci kulit menjadikan kulit lebih menawan, segar, halus dan licin.
** Mengurangkan berat badan dengan pembakaran lemak dari luar.
** Mengeluarkan toksid dalam badan seperti aluminum, cadmium, lead dan mercury
** Mengurangkan kesakitan anggota badan, sakit urat, sendi, sengal sengal tulang dll.
** Meningkatkan sistem kardiovascular
** Menghilangkan tekanan dan perehatan otot
** Melancarkan peredaran darah
** Meningkatkan sistem immunisasi badan
** Mengurangkan prostrate bengkak pada lelaki
** Meningkatkan tahap metabolisma
Friday, December 17, 2010
Kebaikan & Kelebihan Mandi Wap
Posted by Spakampung at 12:54 AM 0 comments
Thursday, December 16, 2010
Mandi Wap
Menyedari betapa berharganya kesihatan kurniaan Allah,kami terpanggil untuk membuka pusat mandian wap untuk masyarakat terutamanya mereka yang kurang berkemampuan menjalani rawatan alternatif untuk mengubat penyakit serta memelihara kesihatan.Khasihat mandi wap ini telah di ketahui ramai begitu banyak manfaatnya.
Pusat mandian wap kami terletak di kawasan kampung bagi memudahkan penduduk kampung setempat dan sekitarnya untuk menikmati mandian wap serta merasai kebaikannya dengan harga yang amat berpatutan dan mampu bagi setiap orang.Selama ini hanya orang bandar sahaja yang berpeluang pergi ke spa tapi sekarang masyarakat kampung pun boleh tanpa perlu pergi jauh atau berbelanja lebih dan mereka boleh datang pada bila-bila masa kerana kami membukanya sehingga jam 11.00 malam.Memberi peluang surirumah merehatkan badan serta menghilangkan stress setelah seharian menguruskan rumahtangga.
Keistimewaan pusat mandi wap kami adalah tempat mandi wap dibuat daripada kayu yang diimport serta berubat untuk memberi kesan yang lebih baik kepada pengguna mahu pun pesakit.Di datangkan dengan 2 versi, pertama tempat mandi wap versi duduk dan kedua tempat mandi wap versi baring yang membolehkan pesakit/pelanggan berbaring terutama pesakit stroke.Ianya memberi keselesaan yang maksima kerana pelanggan boleh baring merehatkan badan dan boleh membuat anda terlena seketika.Herba yang digunakan juga ada mempunyai khasihat tersendiri.Pelanggan boleh memilihnya mengikut pilihan sendiri atau kami akan mencadangkannya mengikut tahap kesihatan pelanggan.
Posted by Spakampung at 11:16 PM 0 comments
Tuesday, December 14, 2010
Spa Fish
KEBAIKAN SPA IKAN :
- MEMBUANG KULIT MATI,BAKTERIA & MELAMBATKAN PROSES PENUAAN.
- MEMBANTU TIDUR NYENYAK & MENINGKATKAN PEREDARAN DARAH
- MENYEMBUHKAN SAKIT KAKI SEPERTI KAKI BERBAU,KULIT SENSITIF/MEREKAH & GATAL-GATAL
- MENGAWAL DARAH TINGGI & KENCING MANIS
Posted by Spakampung at 8:13 PM 0 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)

